Peminat Setia

Rabu, 27 Februari 2008

Sindrom Ovari Plcystic

SOALAN:
Doktor,
Saya telah berkahwin selama tiga tahun dan sehingga kini belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Saya memang teringin untuk menimang cahaya mata seperti pasangan berkahwin lain tetapi rezeki masih belum memihak kepada saya.

Bermacam-macam usaha yang telah dibuat seperti berjumpa bidan dan doktor. Kitaran haid saya pula normal setiap bulan.

Saya juga mengambil Clomid untuk beberapa bulan sebelum ini.

Tetapi sesetengah doktor tidak menggalakkan saya mengambil pil Clomid.

Setelah membuat pemeriksaan, doktor mendapati saya menghidap Sindrom Ovari Plcystic (PCOS).

Doktor mengatakan telur yang terhasil pada setiap bulan tidak dapat keluar dari ovari, oleh itu kehamilan tidak berlaku.

Doktor juga meminta saya mengurangkan berat badan yang kini adalah 58 kilogram dengan ketinggian 158sm, sedangkan saya tidak dalam kategori gemuk dan BMI saya normal.

Doktor memberi ubat metformin bagi menyelesaikan masalah saya ini. Bagaimanapun, selepas tiga bulan mengambil metformin, saya masih belum hamil.

Saya ingin tahu mengapa PCOS berlaku dan apakah risiko yang dihadapi pesakit? Bagaimana cara mengubatinya dan adakah saya masih mempunyai peluang untuk mengandung?

Anis,
Kuala Lumpur


JAWAPAN:
Bagus sekiranya puan dapat mengekalkan BMI puan kerana sebarang masalah kesuburan atau rawatannya ada kaitan rapat dengan BMI. Obesiti menjadikan seseorang itu kurang subur dan rawatan seperti metformin atau clomiphine kurang berkesan.

PCOS adalah ‘penyakit’ pada ovari di mana terdapatnya folikel-folikel (seperti sista-sista kecil) di sekeliling dinding ovari. Ini berpunca dari folikel-folikel yang tersangkut dan tidak hilang semasa kitaran haid setiap bulan. Terdapat juga gangguan hormon-hormon androgen (hormon lelaki) yang mengganggu pembesaran-pembesaran telur dari ovari. Pengambilan metformin dapat membantu gangguan hormon androgen ini dan boleh menyebabkan ovulasi (telur keluar) setiap bulan. PCOS tidak mempunyai rawatan yang khusus untuknya. Rawatan PCOS lebih fokus kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti masalah haid dan kemandulan.

Memandangkan puan telah mengambil clomiphine dan metformin lebih dari 6 bulan tanpa ada tanda-tanda, maka saya syorkan puan berjumpa pakar untuk rawatan selanjutnya seperti ‘Intrauterine Insemination’. Ini memerlukan induksi kesuburan dengan menggunakan suntikan hormon sekiranya clomiphine tidak berjaya. Peluang untuk mengandung masih dalam lingkungan 25% hingga 30 %.

Dr. Suhaimi Isa
Doktor Pakar Sakit Puan
Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Mengandung Pada Usia Lewat

SOALAN:
Doktor,
Saya kini berusia 42 tahun, saya berkahwin pada Jun 2006 dan selamat melahirkan se- orang bayi lelaki yang sihat pada Februari lalu.

Kelahiran itu dilakukan melalui pembedahan kerana terdapat masalah dengan uri bayi.

Bolehkah saya mengandung lagi memandangkan usia saya dan pembedahan yang dilakukan sebelum ini?

Benarkan tempoh untuk mengandung semula selepas pembedahan adalah dua tahun ke atas?

Untuk pengetahuan doktor, saya sihat sepanjang mengandung, sebelum dan selepas berkahwin.

Ibu,
Petaling Jaya


JAWAPAN:
Tahniah dan alhamdulillah puan mendapat seorang cahaya mata yang normal pada usia 42 tahun walaupun secara pembedahan caesarean.

Sebelum saya menjawab sama ada puan boleh atau tidak mengandung lagi, ada beberapa risiko yang puan terpaksa hadapi bila mengandung di usia 40-an.

Pertama ialah risiko anak puan mendapat Sindrom Down. Nisbah yang kami selalu gunakan ialah 1 dalam 80 hingga 100 pada usia 40. Ini berpunca dari usia telur yang telah “berumur” maka berkemungkinan mengalami kecacatan genetik. Tiada cara pencegahannya kecuali melakukan keguguran. Kami menasihat isteri berumur 40-an yang hamil melakukan ujian Sindrom Down. Ujian ini melibatkan imbasan ultrasound dan ujian darah seawal usia janin antara 10 hingga 12 minggu. Ujian-ujian ini boleh mencapai ketepatan 80 hingga 85 peratus.

Keduanya ialah risiko masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi. Perkara ini tidaklah sukar kerana terdapat kaedah-kaedah rawatannya. Maka tentukan puan tidak mengalami masalah perubatan yang boleh membahayakan puan semasa mengandung dengan melakukan pemeriksaan doktor. Oleh kerana puan tidak mengalami apa-apa masalah perubatan pada kandungan pertama maka saya rasa tidak menjadi masalah dari segi kesihatan.

Ketiganya, kandungan di peringkat lewat usia, terdapat beberapa masalah dari segi obstetrik seperti risiko keguguran atau kelahiran pramatang. Masalah tumbesaran janin terbantut juga adalah lebih tinggi sedikit. Pembedahan caesarean dahulu juga boleh menyebabkan kenaikan risiko kejadian uri bawah atau placenta praevia.

Jadi kesimpulannya, puan boleh cuba mengandung semula tetapi puan dan suami perlu bersedia menghadapi sedikit risiko Sindrom Down dan sanggup melakukan ujian-ujian tersebut bagi menentukan janin itu tidak mengalami ‘kecacatan genetik’. Di samping itu kemungkinan kejadian uri bawah sekali lagi dengan kandungan kedua juga adalah tinggi. Walaupun pembedahan pernah dilakukan, puan masih boleh melahirkan anak secara normal jika tiada masalah lain. Memandangkan usia semakin meningkat tidak perlu dan tidak sesuai puan menunggu sehingga 2 tahun lagi untuk mengandung anak kedua.

Dr. Suhaimi Isa
Doktor Pakar Sakit Puan
Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Ingin Anak Keempat

SOALAN:
Doktor,
Saya berusia 31 tahun dan memiliki tiga anak, dua perempuan, seorang lelaki. Ketiga-tiganya dilahirkan melalui pembedahan caesarean akibat masalah darah tinggi dan juga diabetes pada kelahiran ketiga.

Saya juga pernah keguguran sebanyak dua kali. Setelah tiga orang anak, saya dinasihati agar mengikat rahim supaya tidak mengandung lagi.

Apa yang ingin saya tanyakan, adakah rahim semestinya diikat agar tidak mengandung selepas tiga kelahiran melalui pembedahan? Dan adakah betul makluman doktor yang merawat saya bahawa kelahiran keempat adalah berisiko tinggi dan sukar dibuat kerana lapisan kulit perut telah melalui tiga pembedahan?

Saya mengharapkan agar doktor dapat menjawab soalan saya ini kerana kadangkala saya berasa tertekan kerana saya tidak dapat mengandung lagi. Rasa kecewa dan sedih akan datang bila saya melihat perempuan mengandung lain.

Myra,
Selangor


JAWAPAN:
Walaupun puan masih muda iaitu 31 tahun, daripada apa yang puan maklumkan di sini, puan nampaknya ada banyak masalah seperti darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung.

Biasanya masalah ini akan bertambah serius apabila umur meningkat dan juga ketika dalam kandungan yang seterusnya.

Biasanya seseorang wanita yang telah melalui tiga kali pembedahan akan dinasihatkan mengikat rahim terutamanya jika lapisan rahimnya sudah nipis atau didapati struktur-struktur seperti pundi kencing dan ususnya melekat pada bahagian rahim.

Dalam keadaan ini pembedahan seterusnya akan membahayakan ibu dan juga anak dalam kandungan.

Dalam beberapa kes di mana selepas tiga kali pembedahan, didapati struktur-struktur seperti pundi kencing dan usus tidak begitu melekat kepada rahim serta bahagian lapisan rahim juga tidak nipis.

Jika wanita ini turut tidak mempunyai banyak masalah kesihatan, maka pembedahan kali keempat akan dibenarkan tetapi tiup fallopian wanita berkenaan perlu diikat ketika menjalani pembedahan kali keempat ini supaya tidak mengandung lagi.

Dr Fatima Najla

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
Pusat Perubatan Kelana Jaya


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Gangguan Kitaran Haid atau Pramenopaus

SOALAN:
Doktor,

Saya seorang wanita bekerja pejabat, berumur 45 tahun, tinggi lima kaki tiga inci (5’3”), berat badan 56kg dan masih bujang (dara).

Saya mengalami masalah haid yang tidak datang sejak Julai 2007. Sebelum itu juga, putaran haid saya datang dengan tidak sekata dalam dua atau tiga bulan sekali.

Akan tetapi, sebelum umur saya mencecah 40 tahun, kedatangan haid masih mengikut jadual bulanan dengan teratur.

Untuk pengetahuan doktor, saya masih sihat dan masih cergas dengan aktiviti harian seperti pergi kelas malam dan berjoging selepas bangun pagi.

Saya juga tidak letih selepas membuat kerja cergas dan jarang makan makanan tambahan seperti ubat EPO atau multivitamin.

Saya juga tidak menunjukkan sebarang tanda kesan sampingan pramonopaus seperti panas badan, letih, moody (angin tidak baik) atau berdebar-debar. Saya juga belum berkesempatan berjumpa doktor sebelum ini.

Soalan saya, mengapa masalah haid begini terjadi?

Fiz


JAWAPAN:
Daripada makluman anda ini, berkemungkinan tinggi anda sedang melalui peringkat pramonopaus.

Seseorang wanita itu dikatakan telah mencapai menopaus setelah tidak datang haid untuk setahun.

Purata umur wanita menopaus di Malaysia adalah sekitar 50 ke 51 tahun. Biasanya tiga hingga lima tahun sebelum seseorang wanita itu mencapai menopaus, kitaran haidnya mungkin menjadi tidak teratur.

Haidnya mungkin keluar banyak ataupun sedikit-sedikit dan akhirnya berhenti. Bukan semua wanita yang mengalami simptom- simptom seperti panas badan pada peringkat ini.

Jika ibu atau kakak anda mencapai menopaus pada umur yang lebih muda, maka anda juga lebih cenderung mencapai menopaus pada umur yang lebih muda.

Sebaiknya anda pergi menjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan untuk memastikan tiada masalah lain yang menyebabkan gangguan kitaran haid.


Dr Fatima Najla

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
Pusat Perubatan Kelana Jaya


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

KANSER : Ancaman Berbeza, Sama Bahayanya

Bilangan tinggi pesakit kanser pangkal rahim (kiri) dan kanser ovari (kanan) yang berjumpa doktor pada peringkat akhir penyakit berkenaan amat membimbangkan berbanding kanser payudara yang lebih mudah dikesan pada peringkat awal.

Kanser, tumor, ketumbuhan atau sista (cyst). Perkataan-perkataan ini sahaja sudah cukup untuk menakutkan sesiapa sahaja yang berjumpa doktor akibat masalah kesihatan yang pada awalnya disangka hanya perkara kecil.

Ketumbuhan kanser boleh menjadi bahaya (malignan) atau tidak (benign) tetapi kedua- duanya tetap mampu mengganggu dan mengancam fungsi badan. Ketumbuhan yang tidak bahaya kebiasaannya tidak merebak ke bahagian lain badan sementara ketumbuhan malignan pula akan merebak, menakluk dan merosakkan organ atau bahagian lain badan pesakit.

Perbezaannya hanya pada bahaya yang dibawa kanser pada organ tertentu dan kekerapan kanser berkenaan berlaku di dalam kelompok masyarakat.

Pembunuh utama

Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. S. Silvam menyatakan beberapa kanser khusus pada wanita membawa ancaman tersembunyi.

“Semua jenis kanser berbahaya namun beberapa kanser yang banyak menyerang wanita membawa bentuk ancaman berbeza.

“Kanser payudara, pangkal rahim (serviks) dan ovari mempunyai tahap kekerapan berbeza di samping punca, cara pengesanan dan pencegahan tersendiri,” katanya.

Kanser payudara merupakan jenis yang paling banyak menyerang dan membunuh wanita di seluruh dunia, selain mampu menyerang golongan lelaki juga.

Menurut Dr. Silvam, jika seseorang wanita hidup sehingga umur 80 tahun, terdapat kebarangkalian satu dalam dua belas (1:12) untuk wanita berkenaan menghidap hidap barah payudara.

“Barah jenis ini bagaimanapun mudah dikesan mata kasar atau melalui sentuhan, memudahkan ketumbuhan pada payudara dikesan pada peringkat awal.

“Pesakit boleh melakukan pemeriksaan payudara sendiri (BSE) atau ujian mamogram setiap tahun untuk memastikan tidak menghidap kanser ini,” ujarnya.

Jelas beliau, kanser payudara melibatkan kaitan warisan genetik dan sejarah keluarga dapat menentukan kebarangkalian dan risiko seorang wanita menghidapnya.

Faktor selain peningkatan umur dan sejarah keluarga yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara adalah pembawa gen abnormal BCRA1 dan BCRA2.

Kedua-dua gen ini tergolong dalam kelas gen dikenali sebagai ‘gen menyekat tumor’ yang terlibat dalam proses membaik pulih kerosakan genetik kromosom. Kerosakan salah satu atau kedua-dua gen ini dikenal pasti berkait dengan permulaan kanser payudara dan juga kembalinya kanser selepas pesakit menerima rawatan.

Pangkal rahim dan HPV

Kanser pangkal rahim (serviks) pula merupakan kanser khusus yang kedua paling banyak menyerang wanita.

Dr. Silvam menjelaskan, kanser jenis ini kadangkala sukar dikenalpasti tetapi dapat dikesan jika ujian saringan berkala dijalankan ke atas pesakit.

“Di United Kingdom, program saringan yang bagus, teratur dan cukup pembiayaan berjaya mengurangkan bilangan kes kanser pangkal rahim dari 15 kes untuk setiap 100,000 wanita kepada hanya lapan kes untuk setiap 100,000 wanita.

“Kebanyakan negara-negara membangun tidak mempunyai program saringan untuk kanser jenis ini,” katanya.

Menurut beliau, hanya pesakit yang telah mendapat pendedahan kepada bahaya kanser ini akan berjumpa doktor dengan sendiri untuk pemeriksaan berkala.

Tambahnya, satu program yang teratur seperti yang diadakan untuk kanser payudara dapat membantu pihak hospital memantau golongan yang berisiko tinggi dengan lebih berkesan.

Dr. Silvam menyatakan program sebegini belum terdapat di Malaysia tetapi diperlukan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman kanser pangkal rahim.

“Pemeriksaan untuk kanser pangkal rahim dijalankan dengan ujian pap smear yang disediakan hampir kesemua klinik dan hospital di negara ini.

“Ujian ini murah dan berkesan, sesuai untuk golongan wanita yang berisiko tinggi, iaitu mereka yang pernah melakukan hubungan seks,” jelasnya.

Menurut beliau, wanita yang pernah atau aktif secara seksual menghadapi risiko 99.9 peratus menghadapi kanser pangkal rahim.

Tambahnya, mereka yang langsung tidak pernah melakukan hubungan seks pula mempunyai risiko hampir 0 peratus menghidap kanser berkenaan.

Kaitan ini dibuat berikutan lebih 99 peratus kanser pangkal rahim di seluruh dunia didapati mempunyai Virus Papiloma Manusia (HPV).

Persatuan Kanser Amerika telah menyenaraikan beberapa faktor risiko kanser pangkal rahim dan jangkitan HPV diletakkan sebagai risiko utama. Selain itu, merokok, jangkitan virus HIV, jangkitan chlamydia, faktor pemakanan, kaedah mencegah kehamilan tertentu, mengandung banyak kali dan sejarah keluarga turut dikaitkan dengan kanser jenis ini.

Terdapat lebih 250 jenis virus HPV, 15 darinya (16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 68, 73, dan 82) dikelaskan sebagai sangat berisiko menghidap kanser pangkal rahim. HPV jenis 16 dan 18 pula diperakui sebagai punca 70 peratus kes kanser pangkal rahim di seluruh dunia.

Vaksin terhadap empat jenis virus HPV (6,11,16,18) telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) pada 2006 dan kini telah diluluskan untuk kegunaan di lebih 80 negara seluruh dunia.

Dr. Silvam memaklumkan masalah kanser pangkal rahim mungkin dapat dihapuskan jika program vaksinasi HPV dapat dijalankan dengan berkesan di negara ini.

“Ini merupakan antara perkara unik mengenai kanser pangkal rahim kerana ia dapat dicegah menggunakan vaksin.

“Tidak banyak kanser yang berpunca daripada jangkitan dan vaksin lebih mudah dibuat terhadap kuman punca jangkitan berkenaan,” ujarnya.

Beliau mendakwa jangkitan HPV merupakan punca utama kanser jenis ini dan faktor lain hanya menyumbang kepada pembentukan kanser pangkal rahim.

Tambahnya, pemberian vaksin juga dapat melindung wanita yang terlibat dengan aktiviti seksual kerana satu kali pendedahan sudah cukup untuk menyebarkan virus berkenaan, sama ada melalui seks secara rela atau tidak, seperti kes rogol.

Australia merupakan antara negara yang telah melaksanakan program vaksinasi terhadap semua kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun ke atas iaitu umur yang dianggarkan paling awal bermulanya aktiviti seks.

Semakin gemuk atau kanser ovari?


Kanser ovari bukan jenis kanser yang banyak berlaku di kalangan wanita tetapi kekerapan ia hadir pada peringkat akhir ketika pesakit menemui doktor amat membimbangkan.

Menurut Dr. Silvam, berbanding kanser payudara dan kanser pangkal rahim dapat dikesan melalui ujian fizikal, kanser ovari sukar dikesan pada peringkat awal.

“Memandangkan kedudukan ovari yang tidak dapat dicapai dengan mudah, amat sukar untuk doktor mengesan struktur abnormal pada peringkat awal.

“Kebanyakan pesakit kanser jenis ini datang berjumpa doktor setelah keadaan melarat dan mencapai peringkat akhir (peringkat 3 atau 4),” jelasnya.

Kata beliau, pada peringkat 3, kanser berkenaan telah merebak ke bahagian abdomen terutamanya pada buah pinggang, usus dan hati sementara pada peringkat 4 (akhir), sel kanser telah merebak ke seluruh badan.

Tambahnya, walaupun kebanyakan pesakit berumur lebih 40 tahun, terdapat kira-kira 10 peratus pesakit yang berusia sekitar 20-an dan 30-an.

Berbanding kanser payudara dan kanser pangkal rahim, kanser ovari juga tidak mempunyai sebarang alat atau program saringan. Gabungan faktor-faktor ini serta kedudukan ovari di dalam badan menyebabkan terdapat hanya 25 peratus kebarangkalian pesakit hidup lebih lima tahun selepas kanser berkenaan dikesan.

Dr. Silvam mendedahkan penghidap kanser ovari juga sering menganggap diri mereka semakin gemuk dan tidak menjangkakan menghidap kanser jenis ini.

“Kanser jenis ini akan menyebabkan takungan air di dalam abdomen sekitar peringkat 3 dan peringkat 4.

“Memandangkan pesakit tidak merasakan sebarang kesakitan daripada kanser ini atau takungan air, mereka sering menyangka perut membesar kerana kegemukan,” katanya.

Menurut beliau, pengesahan peringkat akhir kanser ini boleh dibuat menggunakan imbasan ultra bunyi atau imbasan CT.

Hasil penyelidikan terkini


Kanser payudara kini dianggarkan membunuh lebih 500,000 pesakit setiap tahun.

* Terbaru, kanser jenis ini dikatakan boleh dikesan pada peringkat awal melalui imej imbasan sinar-X rambut pesakit. Sekumpulan penyelidik dari Sydney, Australia mendakwa dapat membezakan antara penghidap kanser payudara dan individu sihat melalui kehadiran bentuk cincin dalam imej imbasan berkenaan. Selain itu, bentuk cincin dalam imej sinar-X penghidap juga dikatakan menjadi semakin pudar jika pesakit semakin sembuh selepas menerima rawatan. Kumpulan penyelidik berkenaan kini sedang membuat penilaian lanjut kesesuaian kaedah ini untuk diagnosis kanser payudara kelak.

* Sekumpulan penyelidik dari Institut Kanser Kebangsaan Regina Elena di Rom, Itali mendapati ubat kanser payudara dari kelas Aromatase inhibitor menyebabkan sedikit peningkatan risiko masalah kardiovaskular berbanding penggunaan ubat jenis tamoxifen. Ubat kelas Aromatase inhibitor digunakan selepas pembedahan membuang ketumbuhan untuk mengelakkan kanser berulang.

* Kajian di Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson di Seattle, Amerika Syarikat (AS) mendapati perbezaaan jarak masa antara kali pertama seorang wanita datang haid dan kali pertama melahirkan anak mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kanser payudara.

Jarak kedua-dua peristiwa ini yang lebih dari 16 tahun membawa risiko 1.5 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka dengan jarak masa keduanya sekitar lima tahun sahaja. Kajian epidemiologi pula menunjukkan penurunan antara lima hingga 20 peratus risiko kanser payudara bagi setiap tahun kedatangan haid yang lebih lambat.

Kanser pangkal rahim (serviks) kini mencatatkan 12,000 kes baru setiap tahun di AS sahaja dan membunuh lebih 300,000 pesakit setiap tahun, kebanyakan di negara-negara membangun.

* Britain, Perancis, Jerman, Austria dan Itali telah memasukkan pemberian vaksin HPV ke dalam program kesihatan kebangsaan masing-masing. Namun negara-negara Kesatuan Eropah tetap menyarankan saringan tahunan memandangkan vaksin tersebut tidak melindungi pesakit dari semua jenis virus HPV.

* Penyelidik Universiti Johns Hopkins, AS mendapati virus HPV telah menular kepada golongan lelaki dan kini menjadi antara punca utama kanser oral (mulut). Virus berkenaan dikatakan menyebabkan sama banyak kanser oral seperti tembakau serta alkohol dan mungkin akan melangkaui jumlah kanser oral akibat tembakau dan alkohol dalam tempoh 10 tahun akan datang. Lebih 5,600 kanser tonsil, bawah lidah dan bahagian atas tekak telah dikaitkan dengan HPV hasil peningkatan aktiviti seks oral.

Pengeluar vaksin HPV belum mendapat kelulusan FDA untuk kegunaan pesakit lelaki. Permohonan berkenaan dikatakan akan dibuat pada penghujung 2008.

Sebanyak 190,000 kes baru kanser ovari kini dikesan setiap tahun di seluruh dunia.

* Kajian di Sekolah Perubatan Harvard, AS mendapati pengambilan kafein dapat mengurangkan risiko kanser ovari namun satu lagi kajian berasingan mendapati kafein juga meningkatkan sehingga dua kali ganda risiko wanita mengandung keguguran.

* Penyelidik di Universiti Oxford mendapati pil perancang kehamilan dapat mengurangkan risiko kanser ovari walaupun jika seorang wanita telah berhenti mengambilnya sejak 30 tahun lalu. Lebih 100 juta wanita kini menggunakan pil ini dan pengambilannya dianggarkan akan mencegah lebih 30,000 kanser ovari setiap tahun untuk beberapa dekad akan datang.

* Sekumpulan penyelidik di Sekolah Perubatan Universiti Yale di New Haven, Connecticut, AS percaya mereka telah berjaya menghasilkan kaedah baru ujian darah yang pertama dapat mengesan kanser ovari dengan tepat pada peringkat awal. Kaedah ini dikatakan menggunakan enam penanda biologi secara serentak dan berjaya mengesan 95 peratus pesakit kanser ovari. Penilaian lanjut kaedah ini sedang dijalankan untuk aplikasi klinikal.

Nukleus

STRUKTUR kerangka tulang manusia adalah ‘serupa’ seperti rangka bangunan-bangunan tertinggi dunia. Kedua-dua struktur rangka ini membolehkan badan manusia dan bangunan tinggi menampung beban berat badan masing-masing. Selain sokongan berat badan, rangka juga membentuk rupa fizikal dan melindungi organ-organ lembut di dalam badan. Tisu otot yang bersambung pada rangka tulang dan sendi antara tulang-tulang utama pula membolehkan manusia menggerakkan anggota badan dan tanpanya anda akan kekal kaku di tempat sama seperti sebuah bangunan pencakar langit.

Oleh :
Nurul Anuar Kari

Dipetik dari:
http://www.utuan.com.my/

Bangkitkan Ghairah Seks Luar Biasa

Apa itu seks kilat?

Seks kilat bermaksud anda melakukan hubungan intim bersama pasangan di tempat asing dengan pantas tanpa dirancang. Lokasinya pula adalah selain dari tempat kebiasaan anda. Boleh jadi di dapur rumah, ruang tamu ketika anak-anak sudah tidur ataupun mengajak pasangan ke hotel di waktu rehat
tengah hari semata-mata untuk seks.

Seks kilat seperti ini dikatakan mampu menghasilkan sensasi kenikmatan yang tersendiri. Rasa berdebar yang muncul kerana diperlakukan dengan rakus oleh pasangan secara tiba-tiba pula mampu membangkitkan ghairah seks yang lain daripada biasa.

Justeru, bagi lelaki seks kilat dianggap sebagai gaya bercinta lelaki sejati. Cepat, berpeluh-peluh,
menggebu-gebu dan panas adalah empat kata-kata menggambarkan kedahsyatan dari sebuah seks kilat oleh kaum lelaki.

Kurang disukai wanita


Tapi, biarpun disenangi oleh lelaki kebanyakan wanita lebih mengimpikan seks yang lembut, romantis dan terancang sambil mahu menikmati pemanasan yang lebih lama. Mereka lebih menginginkan suasana makan malam yang romantis sebelum seks ataupun berendam dalam tab mandi berduaduaan
selepas berhubungan intim.

Perkara ini tentu saja tidak akan didapati daripada seks kilat kerana pemanasannya sangat singkat selain ia juga tidak dirancang. Perlu diketahui secara fizikalnya dalam perhubungan seks, wanita memang sukar mengalami orgasme berbanding lelaki kerana mereka memerlukan pemanasan yang
agak panjang. Dalam pada itu lokasi seks kilat seperti di dapur juga mungkin tidak menyelesakan kaum hawa.

Takkan berjaya jika dipaksa

Bagaimanapun tidak salah sekiranya anda melakukannya kerana ingin mencuba atau sekadar mahu menukar gaya bercinta anda. Menurut pakar seks, George Seifer Ph.D., wanita sebenarnya tetap mampu melakukan seks kilat asalkan mereka bersedia melakukannya apabila diajak oleh pasangan.

Dalam pada itu wanita juga tetap mampu mencapai orgasme melalui seks kilat meskipun kualitinya tidak
sebaik perhubungan seksual yang mendapat pemanasan mencukupi. Seks kilat ini tidak akan berjaya sekiranya dilakukan secara paksaan. Paksaan suami hanya akan mewujudkan ketegangan yang
kemudian tidak memberikan kesudahan yang menyenangkan.

Akan tetapi apabila pasangan bersedia untuk seks kilat baik suami mahupun isteri akan berusaha mencapai orgasme dengan caranya sendiri. Paling tidak nafsu yang bergelora apabila dirangsang oleh pasangan akan menjadi modal kuat untuk mencapai kepuasan.

Dipetik dari:
http://www.karangkraf.com.my/

Selasa, 26 Februari 2008

Urut Tidak Dapat Betulkan Uri

SOALAN:
Saya berusia 34 tahun dan mempunyai empat anak. Semasa hamil anak keempat pada 2006, saya menghadapi plasenta previa type I/II dan saya bersalin secara pembedahan.

Untuk pengetahuan doktor, ketiga-tiga anak sebelum ini bersalin secara normal. Persoalannya, bolehkah sengkak dilakukan seperti mana lazimnya dibuat selepas bersalin normal sebelum ini?

Bagaimana untuk mengelakkan berlakunya plasenta previa? Adakah ia boleh dilakukan secara urutan?

Umi,
Kajang, Selangor


JAWAPAN:
Untuk makluman umum, plasenta previa adalah nama perubatan untuk keadaan uri di bawah. Pada awal ketibaan embrio dari tiub falopio ke dalam ruang rahim, saiznya amat kecil berbanding saiz ruang rahim.

Embrio ini kemudian akan melekat pada mana-mana bahagian atau permukaan terdalam dinding rahim ini, proses ini dinamakan implantasi.

Embrio ini kemudiannya akan berkembang lanjut dan membahagi kepada janin dan uri manakala selaputnya membentuk selaput ketuban (membran amnion). Titik atau lokasi perlekatan embrio inilah yang menentukan kedudukan uri.

Cuma dengan berlakunya pembentukan segmen bawah dinding rahim selebar kira-kira lima sentimeter (sm) yang berlaku selepas minggu ke-28 kehamilan, ia memberi peluang untuk uri yang berada pada kawasan bawah ini untuk seolah-olah dianjakkan ke atas.

Peluang ini bergantung kepada sejauh mana lokasi uri berada di bawah. Jika hanya sebahagian saja yang berada di bahagian bawah, kemungkinan untuk ia 'naik' ke segmen atas lebih tinggi.

Sebaliknya, jika berada betul-betul di bahagian bawah, ia lebih berkemungkinan untuk kekal di segmen bawah.

Plasenta previa tidak mempunyai punca. Tidak ada faktor mempengaruhi embrio awal ini melekat di mana-mana bahagian permukaan dinding rahim. Namun, secara kajian plasenta previa didapati lebih kerap berlaku pada keadaan berikut:

- Pernah menjalani pembedahan Caesarean.

- Kehamilan kerap. Ia kurang berlaku dalam kehamilan pertama.

- Usia meningkat. Ini mungkin berkait dengan kemungkinan wanita ini pernah menjalani pembedahan atau kerap hamil.

- Kehamilan kembar (saiz uri lebih besar).

- Pernah mengalami plasenta previa dalam kehamilan sebelumnya.

- Pernah menjalani prosedur D&C

- Merokok

- Kedudukan uri pada awal kehamilan seawal 15 minggu (tiga setengah bulan) kehamilan. Sekiranya ia didapati berada melangkaui lingkungan satu sentimeter dari pintu rahim interna, ia lebih berisiko untuk kekal sebagai plasenta previa.

Uri tidak seperti janin, uri tidak boleh bergerak sendirinya atau digerakkan. Uri yang berbentuk seperti piring berdiameter selebar sekitar 20 sm ini melekat keseluruhannya pada permukaan dinding rahim sepanjang kehamilan sehinggalah setelah lahirnya bayi.

Ramai wanita membuat salah tanggapan bahawa plasenta previa boleh dibetulkan kedudukannya atau dielakkan. Berurut juga tidak dapat membetulkan kedudukan uri.

Berurut mungkin dapat mengubah kedudukan janin memandangkan janin boleh berpusing atau bergerak tetapi ini juga mendedahkan anda dan bayi kepada komplikasi bahaya.

Berurut secara perubatan moden ada dilakukan untuk membetulkan kedudukan janin tetapi prosedur ini dilakukan dalam keadaan ibu dan doktor serta kakitangan hospital bersedia untuk menghadapi kemungkinan pembedahan Caesarean terpaksa dilakukan serta-merta.

Dengan penerangan di atas, anda mungkin dapat lebih memahami bahawa plasenta previa tidak boleh dielakkan melainkan anda membuat keputusan untuk tidak hamil lagi.

Anda juga lebih terdedah kepada risiko plasenta previa memandangkan anda lebih berusia sekarang, kehamilan berikutnya adalah kehamilan kelima (disebut multipara), pernah mengalami plasenta previa dan pernah menjalani pembedahan Caesarean.

Sengkak sewaktu berpantang dilakukan berdasarkan andaian rahim terjatuh daripada tempat asalnya dan perlu dinaikkan semula. Ini mungkin ada logiknya jika rahim pada asalnya berada dalam kawasan atau takuk tertentu pada ruang pelvis, namun sebenarnya ia tidak.

Bahagian tertentu rahim dipegang oleh struktur berotot dan berligamen yang kemudian melalui tekanan atau trauma pemanjangan sewaktu hamil serta tekanan meneran kelahiran.

Trauma ini boleh menyebabkan rahim jatuh sedikit atau lebih teruk sehingga kelihatan terjulur keluar dari faraj. Berurut sewaktu berpantang bagaimanapun dapat memberi kelegaan serta sokongan moral oleh bidan yang juga menjadi teman berbual mengenai panduan penjagaan diri dan keluarga.

Lazimnya bidan akan mengelakkan kawasan perut sewaktu mengurut wanita bersalin pembedahan, ia lebih kepada anggota lain seperti tangan dan kaki serta bahu.

Selepas tempoh berpantang, kebiasaannya luka pembedahan sembuh sepenuhnya, namun ada juga yang mengambil masa sehingga tiga hingga empat bulan.

Sebelum berurut, anda dinasihatkan membuang air kencing terlebih dulu agar tidak berlaku trauma pundi kencing akibat tekanan urutan terbabit. Kes pundi kencing pecah selepas berurut juga pernah berlaku dan memerlukan pembedahan kecemasan untuk membaikinya.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Keluar Darah Beku Ketika Buang Air Kecil

SOALAN:
Saya cberusia 29 tahun dan sudah berkahwin selama tujuh tahun tetapi masih belum dikurniakan anak. Masalahnya, kitaran haid saya tidak menentu serta mempunyai masalah kencing manis dan kegatalan pada alat sulit.

Ada kalanya, keluar darah beku bila saya buang air kecil. Adakah ia dianggap darah haid?

Semasa kecil, saya tidak mendapat suntikan mencukupi. Adakah ia punca masalah saya kini? Adakah saya berpeluang untuk hamil?

Mai,
Bandar Baru Ampang, Selangor


JAWAPAN:
Penyakit kencing manis anda perlu diberikan tumpuan terlebih dulu. Lazimnya wanita yang mempunyai kencing manis tidak mempunyai masalah untuk hamil tetapi berisiko untuk mengalami keguguran dan kecacatan janin.

Tidak mustahil jika sebenarnya anda pernah mengalami keguguran awal yang disangka sebagai haid lewat. Berkemungkinan juga anda mempunyai masalah lain yang menyebabkan kesukaran hamil. Ini perlu diperiksa.

Kegatalan alat sulit dan darah selepas membuang air kencing adalah petanda jangkitan faraj serta jangkitan air kencing. Ia bukan saja perlu disahkan melalui ujian mudah secara mengambil sampel lelehan faraj dan air kencing, ia juga perlu dirawat.

Malah, jangkitan berulang adalah satu petanda keadaan kencing manis yang masih belum terkawal sebaiknya.

Anda dinasihatkan berjumpa pakar perubatan endokrinologi untuk menilai status penyakit kencing manis anda. Rawatan perlu diteruskan sama ada dari segi ubat-ubatan atau corak pemakanan.

Pemeriksaan dan ujian awal berkaitan kesuburan juga boleh dilakukan sekarang, seelok-eloknya oleh pakar sakit puan am. Setelah ia terkawal, barulah anda boleh memulakan kehamilan.

Suntikan pelalian yang diberikan sewaktu kecil bertujuan melindungi kita daripada penyakit berjangkit seperti batuk kering (tuberkulosis atau TB) dan seumpamanya.

Sebagai makluman, sebahagian penyakit ini (jika dijangkiti) boleh juga mengganggu sistem peranakan wanita misalnya TB pelvis boleh merosakkan ruang rahim dan pelvis.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Isnin, 25 Februari 2008

APS Punca Keguguran

SOALAN:
Pada 23 Januari lalu, saya keguguran dalam usia kandungan 22 minggu. Dua minggu sebelum itu saya sakit di bawah perut yang mengeras.

Saya agak ia disebabkan uri yang berada di bawah seperti dimaklumkan doktor waktu membuat imbasan. Saya dan suami dengan pengetahuan yang cetek kemudian pergi berurut, kononnya untuk menaikkan uri itu.

Malangnya, selepas berurut sakit tidak hilang lalu saya ke hospital. Selepas membuat ujian, doktor memberitahu uri saya normal tapi air ketuban kurang dan ada jangkitan pada air kencing.

Doktor beri saya ubat kapsul dan sebiji ubat untuk dimasukkan ke dalam vagina. Selepas makan dua kali, sakit saya hilang dan saya rasa lega tetapi selepas memasukkan ubat ke dalam vagina, keesokan harinya saya mengalami pendarahan seperti haid.

Doktor memberitahu air ketuban saya sangat kurang dan hampir seminggu, pendarahan saya berkurangan tetapi bayi saya meninggal dalam perut. Pada malamnya, ia keluar secara semula jadi.

Selepas sebulan, saya dikehendaki menjalani ujian darah yang dinamakan Lupus dan keputusannya positif. Doktor memberitahu ia adalah penyakit yang dinamakan APS dan perlu mendapat dua kali suntikan sehari jika saya hamil lagi untuk mengelak berlakunya keguguran.

Apakah yang dimaksudkan dengan APS? Saya ingin mendapat anak secepat mungkin tetapi perkara itu membuatkan saya takut.

Saya kini berusia 32 tahun dan berkahwin selama setahun empat bulan. Keguguran itu adalah kandungan pertama.

Puan Zura,
Kuala Lumpur


JAWAPAN:
APS adalah singkatan kepada Anti-Phospholipid Syndrome. Dalam keadaan ini, tubuh bertindak membentuk auto antibodi menentang fosfolipid badannya sendiri sehingga mengakibatkan kesan buruk.

Fosfolipid (diambil daripada perkataan fosforus-lipid iaitu molekul lemak mengandungi fosforus) banyak terdapat di dalam badan contohnya pada membran selaput sel, ia juga terikat pada protien pengangkutnya yang turut menjadi mangsa auto antibodi ini.

Sistem imun badan tersalah anggap fosfolipid dan protien pengikatnya sebagai benda asing sehingga badan mula menghasilkan auto antibodi terhadapnya.

Seseorang yang mengalami APS dikesan mempunyai antibodi fosfolipid yang juga disebut anti-fosfolipid (aPL) di dalam darah. Ada sekitar 20 jenis aPL yang bersifat menentang fosfolipid termasuk protien pengikatnya, namun hanya dua jenis iaitu anti-kardiolipin (aCL) dan lupus anti-koagulan adalah yang utama, manakala yang selebihnya tidak memberi kesan penting.

APL yang dihasilkan kemudian membentuk ikatan dengan fosfolipid yang ada di dalam membran selaput sel organ dalaman badan dan mengurangkan penghasilan bahan prostacyclin (yang bersifat cenderung “mencairkan” darah).

Ini menjejaskan keseimbangan sistem pembekuan atau pencairan darah dan menyebabkan bahan thromboxane (yang sebaliknya bersifat cenderung menyebabkan pembekuan darah) menjadi lebih banyak dan menyebabkan pengecutan bukaan salur darah, pengumpulan platelet dan kejadian darah beku dalam salur darah di merata bahagian badan serta memberi kesan negatif.

APS disyaki setelah seseorang mengalami mana-mana keadaan berikut dan disusuli dengan pengesahan ujian darah:

- Pembentukan darah beku dalam salur darah (dikesan menggunakan teknik ultrabunyi Doppler dan seumpamanya).

- Keguguran berturut-turut tiga kali atau lebih (berlaku dalam trimester pertama kehamilan).

- Satu atau lebih keguguran atau kematian janin berlaku dalam trimester kedua atau ketiga), janin lazimnya mempunyai sifat fizikal yang normal.

- Kematian janin berumur kurang 34 minggu kehamilan (lapan bulan) yang berkait dengan penyakit darah tinggi teruk (pre-eklampsia, sawan darah tinggi) atau masalah uri (placental insufficiency).

Keadaan di atas dinamakan APS primer. Ada juga keadaan APS sekunder di mana penghidap APS turut mengalami penyakit kronik lain yang berkaitan contohnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Pengesanan ujian darah yang dimaksudkan adalah :

- Lupus anti-koagulan : paras IgM dan IgGnya

- Anti-kardiolipin (aCL) : juga paras IgM dan IgGnya

Untuk mengesahkan seseorang mempunyai APS, ujian terbabit perlu diulangi selepas lebih enam minggu jaraknya daripada ujian pertama dan kedua-duanya didapati positif iaitu paras IgM atau IgG yang tinggi.

Ini perlu diulangi kerana aPL boleh naik turun untuk sementara waktu akibat jangkitan, kaedah pengambilan sampel darah dan kesilapan piawaian makmal. Jika disahkan mempunyai APS, ia memberi impak besar dalam rawatan termasuk rawatan sewaktu kehamilan.

Selain ujian di atas, beberapa ujian lain dapat menyokong diagnosa APS, ini termasuk Activated Partial Thromboplastin Time (APTT), Clotting Time (CT) dan anti-phosphatidylserine. Semua ujian ini lazimnya tidak terkandung dalam ujian rutin saringan pemeriksaan kesihatan am.

Di dalam kehamilan, kesan akibat pembentukan aCL sehingga menyebabkan pembentukan darah beku boleh berlaku pada mana-mana fasa kehamilan sama ada sewaktu awal iaitu perlekatan janin, pembentukan trofoblas janin dan perkembangan trofoblas janin.

Ia juga boleh berlaku pada fasa lebih lewat iaitu pembentukan darah beku dalam saluran darah uri sehingga mengganggu aliran darah kepada janin dan menghalang perkembangan janin atau mengakibatkan kematian. Jenis komplikasi termasuk seperti berikut:

- Keguguran sehingga berulang dan berturut-turut di mana 15 peratus wanita kumpulan ini didapati mempunyai aPL.

- Masalah kurang pembesaran janin (intra uterine growth restriction atau IUGR).

- Kelahiran pramatang.

- Kematian janin dalam kandungan.

- Pre-eklampsia (penyakit darah tinggi mengandung).

- Eklampsia (sawan mengandung).

Komplikasi atau petanda juga boleh berlaku di luar kehamilan:

- Pembekuan darah di dalam salur darah kaki seperti bengkak betis kaki atau sakit kaki.

- Penyumbatan darah beku di dalam paru-paru seperti sesak nafas, sakit dada atau batuk berdarah.

- Pembentukan darah beku pada bahagian lain badan manakala kesan kesan dialami bergantung kepada organ yang terbabit seperti sakit migrain dan strok.

- Ruam berbentuk jaringan bercorak pada pergelangan tangan dan lutut (livedo retikularis).

Memandangkan sifat aPL yang meningkatkan kecenderungan pembentukan darah beku, rawatan yang diberi bertujuan sebaliknya iaitu “mencairkan“ darah.

Aspirin menghalang perlekatan platelet sesama platelet membentuk darah beku (platelet adalah komponen darah yang membentuk pembekuan darah). Sehingga kini, belum ada rawatan penyembuh untuk APS.

Jika puan sudah disahkan mengalami aPL (mengandaikan ujian disahkan sebanyak dua kali secara berasingan), kebanyakan doktor menasihatkan anda mengambil rawatan ubatan, sekurang-kurangnya aspirin berdos rendah atau mungkin kombinasi aspirin berdos rendah serta heparin yang lazimnya bermolekul kecil (low molecular weight heparin atau LMWH).

Aspirin mudah diambil secara pil, manakala LMWH pula jauh lebih mahal dan diambil secara suntikan subkutan (bawah kulit) yang dilakukan sendiri.

Mujurlah kini, sudah ada pilihan bahan LMWH yang berasaskan bahan bovine dan bukannya dahulu berasaskan bahan porcine (khinzir) saja. Kajian menunjukkan tanpa rawatan, seseorang yang mengalami keguguran berturut (tiga kali atau lebih) mempunyai peluang hanya sebanyak 10 peratus untuk kehamilan berikutnya selamat sehingga dilahirkan.

Sebaliknya dengan rawatan aspirin berdos rendah, peluang terbabit meningkat kepada 40 peratus manakala dengan kombinasi aspirin berdos rendah serta suntikan LMWH, peluang melonjak kepada 70 peratus.

Rawatan berkombinasi ini menurunkan risiko keguguran sebanyak 54 peratus berbanding penurunan risiko dengan aspirin sahaja. Jika puan memilih untuk tidak mengambil rawatan, anda sebenarnya masih mempunyai peluang kehamilan berikutnya berjaya dilahirkan selamat, namun peluang ini hanyalah sedikit saja.

Semuanya ini memberi kesimpulan bahawa kombinasi rawatan aspirin berdos rendah serta suntikan LMWH meningkatkan peluang kelahiran hidup kandungan pengidap aPL.

Bagi lelaki dan wanita yang tidak merancang untuk hamil, rawatan heparin boleh ditukarkan kepada pil warfarin yang lebih mudah namun memerlukan ujian darah bagi mengetahui keserasian dos secara berkala. Warfarin boleh mengakibatkan kecacatan janin.

Selain pakar sakit puan, puan turut memerlukan rawatan oleh pakar perubatan dalaman reumatologi dan pakar kaji darah hematologi. Jika berjaya hamil nanti, puan juga dinasihatkan tidak mengamalkan kaedah perancang keluarga yang mengandungi hormon estrogen (pil perancang berkombinasi).

Puan juga harus berhati-hati dalam mengambil sebarangan ubat termasuk ubat tradisional kerana dikhuatiri tambah memburukkan keadaan pembekuan darah. Langkah tambahan berikut juga membantu:

- Tidak merokok.

- Memakai stokin khas yang membantu melancarkan perjalanan darah.

- Langkah tambahan mungkin diperlukan sewaktu pembedahan besar, sakit kronik, berbaring terlalu lama, kehamilan atau selepas kelahiran.

- Meminum air yang banyak dapat mengelakkan badan dehidrasi. Dehidrasi adalah satu lagi faktor “memekatkan“ darah.

- Menjaga pemakanan berkolesterol rendah. Ini tambah menyumbat salur darah.

Untuk makluman, APS tiada kaitan dengan jangkitan air kencing atau jangkitan faraj ataupun kejadian uri bawah yang dialami oleh puan.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Musykil Payudara Mengunjur Ke Bawah

SOALAN:
Saya ingin tahu mengenai ciri payudara. Adakah ia sesuatu yang normal apabila payudara mengunjur ke bawah?


Apakah perbezaannya payudara wanita yang sudah berkahwin dan belum berkahwin? Adakah sebarang perbezaan? Selain ketulan yang lazimnya dikaitkan dengan penyakit barah, adakah bentuk tertentu pada payudara menunjukkan ia mengalami masalah?

Amin,
Kuala Lumpur


JAWAPAN:
Ciri payudara tidak semestinya sama untuk semua orang. Lazimnya, payudara mengunjur ke atas. Namun penambahan berat badan (termasuk sewaktu hamil) menyebabkan payudara turut membesar dan menegangkan kulit yang memegangnya.

Penurunan berat badan berikutnya (dan selepas wanita kembali pulih selepas bersalin) pula akan menyebabkan payudara kelihatan mengunjur ke bawah. Keadaan yang sama juga berlaku dengan peningkatan usia akibat kurang keanjalan kulit, terutama selepas menopaus.

Tidak ada perbezaan payudara wanita yang belum atau sudah berkahwin. Bentuk dan saiz payudara (sama ada kecil atau besar) lebih bergantung kepada saiz badan serta keturunannya.

Hanya sewaktu hamil, payudara mengalami beberapa perubahan iaitu saiz semakin membesar, menegang, sensitif, kawasan areolar dan puting menjadi lebih kehitaman serta timbul biji hitam pada areolar (kelenjar Montgomery).

Selain itu, puting payudara yang kerap ‘diusik’ boleh menyebabkan pengeluaran susu (melalui rangsangan hormon oksitosin).

Selain ketulan, perubahan bentuk payudara perlu diperhati dan dilakukan pemeriksaan lanjut. Perlu difahami, payudara kanan dan kiri lazimnya tidak sekata saiznya.

Sebelah payudara lazimnya kelihatan lebih menurun berbanding sebelah lagi. Hanya pemilik payudara saja yang lebih mengetahui perubahan bentuk payudaranya.

Perhatikan jika ada lekuk (seperti kulit tertarik ke dalam), pengumpulan air (kulit membengkak menyerupai kulit buah oren yang juga disebut peau de orange), kulit seolah-olah ada ketulan di bawahnya, jaluran salur darah yang nyata (sedangkan tiada sebelumnya), bulatan areolar yang tidak seragam, ulser pada payudara atau puting serta keluar cecair bercampur darah dari puting.

Teknik pemeriksaan payudara senang difahami, sama ada melalui demonstrasi atau risalah dan poster kesihatan bergambar. Seeloknya lakukan pemeriksaan payudara sekali setiap bulan berserta pemeriksaan payudara oleh kakitangan kesihatan sekali setiap tahun.

Saiz payudara tidak mempunyai kaitan dengan risiko kanser payudara. Lelaki juga dinasihatkan prihatin terhadap payudara mereka. Ini kerana dalam setiap 100 penghidap kanser payu dara, seorang daripadanya adalah lelaki.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Jumaat, 22 Februari 2008

Beza Nafsu Berahi, Syahwat

SOALAN:
Saya keliru mengenai nafsu berahi dan nafsu syahwat, apakah bezanya? Patutkah seseorang itu mandi wajib jika keluar air mani atau air mazi?

Bagi orang yang berpuasa, sah atau tidak jika fikirannya melayang-layang memikirkan perkara yang tidak senonoh, tetapi tidak sampai keluar air mani atau mazi? Saya harap Dr dapat memberikan huraian terperinci dalam perkara ini.

Ema,
Selangor


JAWAPAN:
Kedua-duanya merujuk kepada tarikan seksual terutama antara lelaki dan perempuan. Perkataan `berahi' bermaksud “kasih (cinta) yang amat sangat, rasa suka akan seseorang (dengan bernafsu), ghairah, sangat suka (Kamus Dewan 166).

Syahwat bermaksud “keinginan (untuk melakukan persetubuhan, nafsu bersetubuh, keberahian.” (Kamus Dewan, 1557). Manakala perkataan nafsu itu sendiri dalam bahasa Melayu merujuk kepada “keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat, kemahuan yang keras, dorongan hati.” (Kamus Dewan, 1064).

Ketika seseorang dalam keadaan bernafsu, air mazi biasanya akan keluar daripada kemaluan tanpa disedari. Lazimnya mazi atau air mazi berwarna jernih. Hukumnya najis dan wajib dibasuh tanpa perlu mandi wajib.

Berbeza dengan air mani yang pekat dan berwarna putih keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan ketika nafsu memuncak. Ia tidak najis tetapi wajib mandi hadas besar apabila keluar mani.

Dengan kata lain, keluar mazi tidak menjadikan seseorang dalam hadas besar tetapi keluar mani menyebabkan seseorang itu berada dalam hadas besar. Bagi menghilangkan hadas besar, dia perlu mandi wajib.

Dalam Islam, nafsu termasuk dalam unsur ghaib atau rohani yang ada dalam diri manusia. Manusia itu ada unsur rohani dan jasmani. Termasuk dalam rohani ialah jiwa (ruh), akal (aql), hati (qalb) dan nafsu (nafs).

Jiwa berfungsi menghidup, menumbuh dan membiak. Akal yang menduduki tempat tertinggi di dalam diri manusia mengandungi kekuatan untuk berfikir, menimbang dan mengingat.

Hati mengandungi unsur keinginan dan kehendak. Tumbuh darinya sifat terpuji seperti penyayang, pemaaf dan lemah lembut di samping sifat tercela seperti takbur, sombong, dengki dan khianat.

Manakala nafsu menduduki tempat terendah dalam diri manusia. Ia mengandungi unsur kemahuan, kesukaan dan hasrat. Antara sifat nafsu ialah tak tahu malu, tamak, perampas, malas, marah dan sebagainya (Dusuki Ahmad, 1988: 286).

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga jenis, iaitu nafsu mutma'innah (al-Fajr (89): 27), nafsu lawwamah (al-Qiyamah (75): 2) dan nafsu ammarah bi al-su' (Yusuf (12): 53).

Nafsu mutma'innah merujuk kepada jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan yang baik dalam agama manakala nafsu lawwamah ialah jiwa yang sentiasa menegur dan menempelak diri sendiri semasa berbuat baik atau jahat.

Ketika berbuat baik, ia menempelak kerana tidak membuatnya lebih banyak dan ketika berbuat jahat menempelak diri kerana sesal.

Manakala nafsu ammarah bi al-su' ialah nafsu yang menyuruh manusia melakukan kejahatan dan maksiat.

Mengenai puasa pula, menurut bahasa ia bermaksud menahan diri dari sesuatu aktiviti. Dalam Islam puasa bererti menahan diri dari sesuatu yang membatalkannya daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Antara perkara membatalkan puasa ialah makan dan minum dengan sengaja, bersetubuh, keluar mani dengan sengaja, gila, keluar darah haid atau nifas dan murtad (keluar agama).

Walaupun mengingat perkara lain yang tidak senonoh tidak sampai membatalkan puasa, ia mengurangkan pahala puasa itu sendiri kerana membiarkan diri dipengaruhi nafsu.

Tujuan puasa adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir, bersolat sunat dan sebagainya. Mengawal dan mendisiplinkan nafsu adalah sebahagian daripada ajaran Islam terutama ketika menjalani ibadat puasa.

Islam tidak mengajar supaya nafsu ditiadakan langsung. Islam cuba mendisiplinkan nafsu supaya manusia tidak hanya mengikut nafsu semata-mata.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Tiada Haid Sejak 11 Bulan

SOALAN:
Saya berusia 29 tahun dan mempunyai dua anak lelaki. Anak bongsu berusia 11 bulan dan sejak 11 bulan lalu, saya tidak didatangi haid.

Saya ada mengamalkan teknik merancang keluarga dengan mengambil suntikan depot selama tiga bulan sekali sejak bayi saya berusia dua bulan. Adakah keadaan saya ini sesuatu yang normal atau sebaliknya?

Liza,
Damansara


JAWAPAN:
Suntikan depot pencegah kehamilan ada dalam dua jenis persediaan iaitu suntikan setiap dua bulan (mengandungi hormon Norethisterone Enanthate atau Net En) dan suntikan setiap tiga bulan (mengandungi hormon Medroxyprogesterone Acetate atau MDPA). Kedua-dua hormon ini adalah daripada jenis kumpulan hormon progestin.

Suntikan yang anda ambil sesuai untuk ibu yang masih menyusu badan. Namun, ia mempunyai kesan sampingan tersendiri, lazimnya ia mengganggu corak kedatangan haid. Tidak semua wanita yang menggunakan kaedah ini mengalami gangguan haid.

Pada tempoh tiga hingga enam bulan pertama pengambilannya, haid boleh berpanjangan, dalam kuantiti yang lebih banyak dan tidak teratur. Selepas enam bulan, haid ini pula bertukar menjadi sedikit saja dan bilangan harinya menjadi lebih pendek.

Malah seperti yang anda alami, ada wanita yang tidak mengalami kedatangan haid langsung. Ketiadaan haid ini Tiada haid sejak 11 bulan dinamakan amenorrhoea.

Di samping itu, anda juga harus faham bahawa menyusu badan dengan sendirinya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Sekiranya anda me ngambil suntikan ini mengikut jadual, kemungkinan anda hamil sangatlah sedikit.

Kaedah suntikan adalah antara kaedah yang sangat berkesan dalam mencegah kehamilan. Keberkesanannya mencapai sehingga 99.7 peratus. Ini bermakna bagi setiap 1,000 wanita yang menggunakan kaedah ini selama setahun, hanya tiga orang saja yang berkemungkinan hamil. Seeloknya anda menjalani pemeriksaan doktor sakit puan untuk memastikan tiada penyebab lain.

Selain tidak mengurangkan penghasilan susu badan, kaedah suntikan mempunyai kelebihan lain, antaranya mengurangkan risiko penyakit berikut: -Endometriosis -Kanser rahim -Kanser ovari -Anemia yang disebabkan kekurangan zat besi -Penyakit radang pelvis (pelvic infl ammatory disease)

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Selasa, 19 Februari 2008

Wanita 5 Anak Alami Masalah Dalam Rahim

SOALAN:
Saya berumur 44 tahun, sudah berkahwin selama 24 tahun dan mempunyai lima anak. Anak sulung berusia 22 tahun dan bongsu 10 tahun. Masalahnya, sejak hamil anak sulung, urat di kaki timbul kebiru-biruan. Ia tidak sakit kecuali bila cuaca sejuk dan rasa bisa waktu kedatangan haid.

Saya hanya menyapu minyak apabila tidak tahan sakit dan hingga kini, urat di kaki masih ada.

Apabila saya didatangi haid, ia datang dengan begitu ba nyak bersama darah beku.

Pada hari pertama dan kedua haid, saya terpaksa menghabiskan kira-kira 15 tuala wanita.

Perkara ini berlaku sejak tiga tahun lalu yang dialami setiap bulan.

Saya juga kerap buang air kecil malah hampir 20 minit sekali sejak setahun lalu. Saya sering berurut dan selepas berurut barulah saya rasa lega sedikit tetapi hanya bertahan dua hingga tiga bulan. Setiap kali berurut, bidan akan menaikkan bahagian peranakan.

Sehingga kini, saya tidak pernah bertanyakan masalah saya pada mana-mana doktor. Saya tidak tahu sama ada ia adalah penyakit atau perkara biasa bagi wanita sudah berumur seperti saya.

Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah mengambil pil perancang atau menggunakan alat mencegah hamil sejak berkahwin.

Saya berharap doktor dapat memberi nasihat kerana ia mengganggu kehidupan saya.

Rusiah,
Masai, Johor


JAWAPAN:
Anda dinasihatkan berjumpa doktor pakar sakit puan untuk pemeriksaan. Berkemungkinan haid yang banyak ada kaitan dengan penyakit pada rahim (uterus).

Anda juga mengalami tanda tekanan dalam abdomen yang meningkat, ini boleh berlaku akibat kehadiran ‘bengkak’ rahim seperti ketumbuhan dan seumpamanya sehingga menekan pundi kencing. Ia turut menyebabkan anda kerap membuang air kecil, selain punca timbulnya urat pada kaki (dinamakan varicose vein).

Lazimnya ia membabitkan bengkak bersaiz besar sehingga memberi kesan kepada tekanan ini, kehadiran bengkak ini sering disalah anggap oleh wanita sebagai kegemukan.

Pendarahan haid yang banyak juga tidak sihat untuk dibiarkan berterusan. Ia boleh mengundang komplikasi lain yang berkaitan dengan kekurangan darah sehingga boleh memberi kesan kepada jantung seseorang. Segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Untuk makluman, kaedah pencegah kehamilan terutama pil perancang tidak menyebabkan haid berlebihan, malah sebaliknya ia mengatur haid serta mengurangkan kuantiti pendarahan haid.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Isnin, 18 Februari 2008

Ovari Ada Andometriosis

SOALAN:
Saya berumur 36 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada 2002, saya dikesan mempunyai endometriosis pada ovari kiri sebesar 8 x 10 sentimeter.

Doktor menyarankan supaya saya dibedah segera tetapi tidak membuang ovari. Menurut doktor, ovari saya hanya 30 peratus dalam keadaan baik manakala ovari kanan normal. Sejak 2003, pelbagai cara saya usahakan untuk hamil sama ada moden atau tradisional namun tiada tanda untuk hamil.

Saya mencuba kaedah permanian berhadas (IUI) sebanyak tiga kali tetapi tidak berjaya kerana masalah sperma suami yang kurang bilangannya. Pada Mei 2007, saya disarankan mencuba kaedah teknik persenyawaan tabung uji secara menyuntik sperma terus ke dalam telur (ICSI) oleh pakar. Saya diberi ubat subur Buserelin dan Ganol F.

Saya berjaya menghasilkan 17 telur tetapi hanya dua saja yang disenyawakan tetapi saya gagal hamil. Menurut pakar embrio, telur saya tidak sihat. Persoalannya, apakah yang menyebabkan telur saya tidak sihat dan adakah ubat untuk mengatasi masalah saya ini? Adakah saya berpeluang untuk hamil?

Untuk pengetahuan puan, saya kini mengambil asid folik 400 mikrogram setiap hari dan suami mengambil tribestan dan anti fr.

Suzainee,
Kuantan, Pahang.


JAWAPAN:
Sewaktu rawatan ICSI dulu, anda dikatakan mempunyai peratus persenyawaan yang rendah (hanya dua embrio daripada 17 telur iaitu 12 peratus saja). Ini berbeza dengan kadar persenyawaan yang dilaporkan secara am (50 hingga 80 peratus). Beberapa faktor mungkin menyumbang kepada kadar yang rendah ini termasuk:

- Kualiti telur. Walaupun usia wanita dikaitkan dengan kualiti telur, usia wanita lazimnya tidak menurunkan kadar persenyawaan, ia hanya menurunkan peluang kehamilan. Pada usia 35 hingga 39 tahun, peratus persenyawaan sepatutnya tidak berbeza (masih di antara 50 hingga 80 peratus) walaupun kualitinya rendah, peluang kehamilan dengan kaedah tabung uji menjadi rendah dengan hanya sekitar 25 peratus.

Ini disebabkan keadaan embrio eneuploidy yang terbentuk lebih pada wanita berusia. Embrio aneuploidy lazimnya sukar untuk melekat pada dinding rahim. Jadi, walaupun embrio dimasukkan kembali ke dalam ruang rahim, jika embrio itu bersifat aneuploidy, tidak berlaku perlekatan maka tidak berlaku kehamilan.

Dalam keadaan anda, kualiti telur yang dimaksudkan menurunkan peluang persenyawaan mungkin merujuk usia anda dan waktu penuaiannya. Berkemungkinan telur diambil masih ‘mentah’ (belum matang) atau sebaliknya ‘terlalu masak’ (terlalu matang) pada waktu ia dituai iaitu disedut keluar melalui prosedur aspirasi folikel telur (lazimnya disebut OPU).

- Kualiti sperma seperti persenyawaan sangat rendah jika menggunakan sperma tidak bergerak. Masalah mikro-delesi kawasan AZF pada kromosom Y boleh menyebabkan kegagalan persenyawaan malah jika berhasil, embrionya juga berkualiti rendah.

- Kemahiran atau pengalaman pakar embrio melakukan tusukan ICSI.

- Kualiti atau kawalan piawaian makmal IVF/ICSI terbabit. Anda masih berpeluang untuk hamil. Gagal kali pertama tidak semestinya bermakna gagal kali kedua. Seeloknya persediaan awal dibuat dengan meneruskan pengambilan pil asid folik dalam persediaan 400 mikrogram atau lima miligram setiap malam. Ujian darah bagi mengesan paras Ca125 juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan penyakit endometriosis anda.

Pemerhatian menunjukkan paras Ca125 yang masih tinggi mengurangkan peluang kehamilan, malah jika berjaya hamil (disahkan melalui ujian darah kelak), ia lebih berisiko untuk mengalami keguguran. Anda mungkin sudah menjalani ujian sedemikian sebelum ini, maka parasnya bolehlah dibandingkan.

Kali ini, dos ubat suntikan hormon FSH (hormon kesuburan) yang sesuai boleh diketahui melalui rawatan yang lalu. Seeloknya dos ini dimulakan dan diteruskan sama kerana peningkatan mendadak boleh menghasilkan atau lebih siri telur berbeza kematangannya, ini menjejaskan kualiti telur sewaktu dituai kelak.

Anda tidak menjelaskan situasi sperma air mani suami. Bilangan dan kualiti sperma yang terlalu rendah menandakan ia kurang sesuai dengan teknik lain melainkan hanya ICSI saja. Jika bilangan dan kualitinya sederhana rendah, anda mempunyai pilihan sama ada IUI, IVF ataupun ICSI.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Jumaat, 15 Februari 2008

Mandi Sauna Tak Jejas Potensi Untuk Hamil

SOALAN:
SAYA berusia 29 tahun dan baru berkahwin tujuh bulan lalu. Saya mempunyai berat badan 56.5 kilogram dengan ketinggian 153 sentimeter.

Saya ada mengamalkan mandi sauna. Apakah kesannya jika saya ingin hamil? Adakah saya boleh meneruskan sauna walaupun dalam proses untuk cuba hamil? Adakah ia mempunyai kesan tidak baik?

Nor,
Kuala Lumpur.


JAWAPAN:
MANDI sauna ada dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki tetapi bukannya wanita. Lokasi telur (testis) lelaki yang terletak di bahagian skrotum membolehkan suhunya rendah daripada suhu badan, ini bertujuan menghasilkan sperma dalam keadaan optimum.

Mandi sauna boleh meningkatkan suhu skrotum (juga suhu testis) serta mengganggu penghasilan sperma.

Bagi wanita pula, kedua-dua kilang telur (ovari) sudah sedia ada di dalam badan di kawasan rangka pelvis. Penghasilan telur ini tiada kaitan dengan suhu badan, malah telur ini sudah pun terhasil sejak ia berada di dalam kandungan ibunya sekitar usia lima bulan di alam janin.

Kesuburan wanita lebih berkait dengan faktor lain seperti usia, perubahan berat badan yang mendadak (sama ada pertambahan atau penurunan), tabiat merokok, meminum minuman beralkohol dan pengambilan dadah berbahaya.