Peminat Setia

Memaparkan catatan dengan label senggugut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senggugut. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Oktober 2010

Tidak Tahan Senggugut

SOALAN:
Saya sudah berkahwin lebih kurang enam bulan yang lalu dan belum dikurniakan cahaya mata. Kitaran haid saya tidak bermasalah dan stabil seperti biasa. Namun, sejak berkahwin, saya mengalami senggugut yang sangat teruk setiap bulan. Senggugut itu pula disertai sakit-sakit badan, sakit kepala yang teruk dan muntah-muntah. Saya harap doktor dapat memberikan pandangan dan nasihat berhubung masalah ini.

JAWAPAN :
Senggugut yang puan alami itu sebenarnya kerap dihadapi kebanyakan wanita. Senggugut ini boleh berlaku ketika wanita itu pada usia remaja, di bangku sekolah atau sudah masuk zaman pekerjaan.

Dan, masing-masing ada punca yang berlainan. Contohnya senggugut semasa remaja kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa sebab dan akan hilang atau beransur kurang apabila umur meningkat dan selepas bersalin.

Sebaliknya, senggugut yang berlaku ketika usia lanjut selalunya berpunca daripada masalah seperti endometriosis. Senggugut kadangkala menjadi serius seperti berlakunya muntah-muntah yang teruk, sakit kepala dan memerlukan seseorang itu mengambil cuti atau ubat penahan sakit yang kuat.

Puan Su, seperti yang saya terangkan diatas, kalau Puan Su boleh hamil secepat mungkin, ia akan dapat membantu puan sekurang-kurangnya untuk dua tahun. Kehamilan dan menyusukan bayi dapat mencegah ovari daripada aktif dan berlakunya haid. Ini dapat mengurangkan masalah senggugut.
Alternatif yang lain, puan boleh mengambil pil penahan sakit yang kuat bagi mengurangkan sakit semasa haid. Sekiranya puan belum bersedia untuk hamil, pil perancang keluarga adalah yang paling sesuai.

Bagi masalah kesuburan, biasanya doktor akan memberi masa sehingga 12 bulan bagi pasangan yang masih muda sebelum mereka diberi bantuan untuk hamil. Sekiranya puan masih sukar hamil dalam masa enam bulan lagi, saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar. Salah satu daripada caranya adalah melakukan siasatan bagi mengetahui masalah kesuburan puan dan ini membabitkan prosedur laparaskopi.

Laparaskopi bertujuan untuk melihat keadaan saluran peranakan puan dan di samping itu kami juga mengambil kesempatan melihat punca-punca senggugut tadi.

Info: Senggugut

# Ada dua jenis iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.

# Senggugut primer berlaku sejak mula wanita itu didatangi haid dan memang susah dicari puncanya.

# Senggugut sekunder pula biasanya mempunyai punca dan yang paling biasa disebabkan masalah endometrisis. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan semasa haid maka ia akan terus membesar dan merebak.


Dipetik dari:http://www.bharian.com.my

Khamis, 22 Julai 2010

Senggugut Tak Semestinya Tidak Subur

SOALAN:
Adakah benar jika seseorang yang mengalami senggugut dan mengambil ubat senggugut setiap bulan berisiko untuk sukar mendapat anak apabila berkahwin kelak?

Nurshila,
Jitra Kedah


JAWAPAN:
Saya kurang jelas dengan makna soalan anda. Adakah anda bermaksud senggugut peringkat teruk (sehingga perlu mengambil ubat) berisiko sukar hamil ataupun adakah anda maksudkan ubat senggugut jika diambil boleh menyebabkan sukar hamil?

Bagaimanapun, penerangan am di bawah dapat dijadikan panduan.

Senggugut sering dikaitkan dengan masalah kesuburan, namun sebenarnya ia tidak semestinya begitu. Terdapat satu penyakit (endometriosis) yang sering dikaitkan dengan senggugut, ia juga tidak semestinya begitu.

# Endometriosis tidak semestinya berkait dengan masalah kesuburan. Terdapat wanita yang mengalami endometriosis teruk tetapi tidak mempunyai masalah kesuburan malah melahirkan ramai zuriat.

Malah ada wanita yang dikesan mempunyai endometriosis hanya sewaktu pembedahan melahirkan anak.

# Bagaimanapun, kajian mendapati wanita yang mengalami endometriosis peringkat teruk lebih mengalami kesukaran hamil, namun seperti yang dinyatakan di atas ia tidak semestinya begitu.

Bagi endometriosis peringkat sederhana dan peringkat ringan, tiada kaitan antara endometriosis dengan kesukaran hamil.

# Endometriosis boleh menyebabkan senggugut, namun ia tidak semestinya begitu. Ada wanita yang mempunyai endometriosis tetapi tiada senggugut. Sebaliknya ada wanita yang tidak mengalami senggugut, tetapi didapati mempunyai endometriosis.

# Jika adapun, tahap keterukan senggugut tiada kaitan langsung dengan tahap keterukan endometriosis. Ada wanita yang tiada atau hanya mengalami sedikit senggugut tetapi didapati mempunyai endometriosis peringkat teruk. Begitu juga sebaliknya.

# Tahap keterukan endometriosis bukanlah ditentukan oleh simptom (contohnya keterukan senggugut atau sakit pelvis), pemeriksaan fizikal atau ujian ultrabunyi, tetapi hanya dapat dibuat secara lengkap melalui penilaian secara langsung (iaitu pembedahan) ke atas keseluruhan organ yang terbabit.

# Senggugut juga boleh disebabkan oleh penyakit lain, tidak semestinya endometriosis saja.


Dipetik dari:http://www.hmetro.com.my