Peminat Setia

Jumaat, 27 Mac 2009

Ketumbuhan 'Dekat Rahim'

SOALAN:
Saya berusia 22 tahun dan pernah menggugurkan bayi tahun lalu kerana tidak bersedia dari segi kewangan.

Waktu pengguguran itu, doktor beritahu saya mempunyai ketumbuhan dekat rahim. Doktor pakar turut mengesahkan ketumbuhan bersaiz 10 milimeter (mm) x 60 mm lalu menyarankan saya melakukan pembedahan.

Bagaimanapun, saya tidak hadir ketika hari pembedahan. Adakah ketumbuhan itu akan membesar? Adakah cara lain untuk membuangnya selain pembedahan? Apakah punca ketumbuhan itu? Adakah saya boleh hamil lagi?

Rini,
Batang Kali, Selangor


JAWAPAN:
Anda tidak menyatakan dengan pasti lokasi ketumbuhan terbabitt, dekat rahim boleh bermaksud pada rahim atau berhampiran rahim.

Doktor anda mungkin sudah memberitahu nama ketumbuhan berkenaan serta apa yang akan dibuang ketika pembedahan itu. Jika ada, ia lebih mudah untuk dibincangkan.

Ketumbuhan dalam dinding rahim atau dalam ovari lebih berbentuk bulat atau hanya sedikit lonjong. Ketulan berbentuk lebih lonjong seperti yang anda nyatakan (10 mm x 60 mm) pula jarang berada dalam rahim atau ovari. Sukar untuk meneruskan perbincangan tanpa mendapat maklumat lebih lanjut.

Anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui perubahannya. Usia anda yang masih muda memberi anda peluang kehamilan yang tinggi.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

3 ulasan:

newcomer berkata...

salam...

suami saya ingin berkahwin dgn seorang gadis yg katanya mengidap kanser pangkal rahim.

Penyakit itu dikesan 4thn lalu tapi tiada rawatan langsung yang diambil oleh gadis tersebut. Tapi, kini dia mula berubat.

Soalan saya,
1) bolehkah penyakit itu sembuh?
2) benarkan rahim gadis tersebut akan dibuang & dia tidak boleh beranak?
3) bolehkan penyakit itu berjangkit kepada orang lain?

Diharap kemusykilan saya ini terjawab. Terima kasih...

KarmaKencana berkata...

lawati
http://karmakencana.blogspot.com/

kisah pesakit, misi dan doktor terbaru

Nur berkata...

hamil 1 bulan keluar darah...
Saya akhir period pada 16/1/2010.
pada 2/3/2010 saya buat test kehamilan.hasil test positif.
pada 7/3/2010 faraj saya mengeluarkan darah macam darah haid.
memang dalam beberapa hari ini bawah peranakkan saya ini selalu sakit.
soalan : adakah saya mengalami keguguran @ mengalami pendarahan biasa?
tolong saya doctor...