Peminat Setia

Selasa, 27 April 2010

Faraj Cepat Kering Ketika Bersama

SOALAN:
Saya kini hamil tiga bulan anak pertama. Ketika bersama suami, saya mengalami masalah faraj cepat kering hingga menyebabkan saya berasa sakit.

Adakah masalah ini normal kepada wanita yang melakukan hubungan ketika hamil? Apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

Bakal Ibu,
Kuala Lumpur


JAWAPAN:
Keinginan atau keghairahan yang timbul sewaktu hubungan seks menyebabkan penghasilan lelehan daripada sepasang kelenjar yang terletak berhampiran pintu faraj.

Lelehan ini bersifat pelincir bagi memudahkan penetrasi seks. Kelenjar yang dinamakan kelenjar Bartholin ini tidak dapat dikenal pasti melalui sentuhan kecuali jika salurannya tersumbat dan menyebabkan kelenjar ini membengkak. Kadangkala, kehamilan menimbulkan rasa kebimbangan terhadap kesan kepada kandungan akibat melakukan hubungan seks. Ini boleh menyebabkan wanita tidak terangsang secara seksual dan tiada penghasilan lelehan kelenjar Bartholin.

Buat sementara waktu, penggunaan bahan pelincir dapat menggantikan fungsi lelehan ini sehinggalah keinginan atau rangsangan seksual kembali pulih kelak. Anda boleh berjumpa doktor untuk kaunseling dan pada masa sama, menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui sekiranya kelenjar terbabit tersumbat dan mula membengkak.

Dipetik dari:http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan: