Bentuk bujur sirih dikatakan sebagai raut wajah paling sempurna dari sudut simetrinya. Justeru ramai mengimpikan raut wajah sebegitu sama ada secara semula jadi mahupun melalui bantuan teknologi kecantikan.
Perkembangan teknologi kecantikan hari ini juga tidak hanya merujuk kepada peralatan (mesin) malah melalui produk-produk kecantikan dengan penemuan formula-formula baru.
Misalnya bagi mereka yang inginkan bentuk muka bujur sirih yang menarik, kini ia bukan lagi angan-angan dengan bantuan Clarins Shaping Facial Lift Lipo-Drain Serum.
Dirumus khas untuk wanita Asia, serum tersebut telah dipertingkatkan menerusi penyelidikan dan pembangunan selama beberapa generasi melalui beberapa penambahbaikan.
Dengan tiga kali tindakan meraut wajah yang lebih mujarab di samping melepaskan lemak berlebihan, Clarins Shaping Facial Lift Lipo-Drain Serum membantu meningkat pengaliran cecair dan mengurangkan kesembapan wajah.
Ini sekali gus mencantikkan bentuk muka dengan menjadikannya lebih terserlah dan terangkat.
Menurut jurucakap Clarins Sdn. Bhd., Winnie Lai, serum tersebut membawa tindakan luar biasa yang menghilangkan bengkak dan kesembapan muka selain secara khusus mensasarkan kepada lima saku lemak (dua pada pipi, dua bawah rahang dan satu bawah dagu) yang memberatkan muka.
"Kelewatan melepaskan bendalir dalam saku lemak ini yang mengumpul lemak berlebihan akan mengakibatkan dagu berlapis.
"Peredaran darah dan limfa yang sihat juga penting untuk membantu pelepasan lemak secara optimum,'' ujarnya ketika menerangkan cara penggunaan produk tersebut di Spa Kulit Clarins di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah beliau, dua inovasi utama dalam Shaping Facial Lift Lipo-Drain Serum digabungkan dengan ekstrak tumbuhan semula jadi yang sangat mujarab iaitu bunga butang biru dan baccharin.
Katanya, kedua-dua bahan tersebut adalah ramuan penting yang dipatenkan di mana bunga butang biru bertindak dengan kuat untuk mengurangkan lemak dengan merombak sekatan protein di sekeliling vakuol lipid yang mengehadkan pengeluaran enzim pelepas lemak.
Manakala baccharin pula merupakan ramuan eksklusif bagi membantu kesan raut wajah yang tahan lama dengan mengehadkan transformasi praadiposit (sel dorman yang tidak menyimpan lemak).
Dipetik dari:http://www.utusan.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan