Peminat Setia

Khamis, 15 Mei 2008

Hadapi Masalah Capai Klimaks Bersama Suami

SOALAN:
Ketika bersama suami, saya sering menghadapi masalah untuk mencapai klimaks iaitu seolah-olah tiada perasaan menyeronokkan sedangkan kami tidak bermasalah.

Ada kalanya saya mengambil masa 45 minit hingga satu jam manakala kurang air mazi menyebabkan sakit dan kami terpaksa menggunakan gel. Apakah masalah yang saya hadapi?

Kami sudah hampir setahun berkahwin tetapi belum dikurniakan anak dan saya pernah keguguran. Adakah ia menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk hamil? Untuk pengetahuan doktor, ada kalanya saya sakit di bahagian ari atau tiub falopio. Adakah itu petanda kurang baik pada kesihatan saya?

Nor,
Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Tidak mudah untuk mengenal pasti punca masalah seksual anda melalui perbincangan ini saja. Ia memerlukan perbincangan lanjut serta pemeriksaan fizikal bagi mengetahui terdapat kaitan dengan kesakitan yang anda alami.

Selain itu, anda sendiri mungkin dapat mengetahui punca sebenar, kadangkala punca ini tidak disedari sendiri tetapi hanya melalui perbincangan dengan doktor anda. Berbincang dari hati ke hati dengan suami juga boleh banyak membantu.

Keguguran mempunyai banyak punca, lazimnya ia berkait dengan masalah pembentukan janin yang tiada kaitan dengan kehamilan seterusnya.

Selain itu, jarang wanita dapat mengenalpasti kesakitan bahagian tiub falopio. Tiub falopio ada pada kanan dan kiri bahagian bawah kawasan abdomen (disebut kawasan pelvis).

Tetapi di bahagian kanan serta kiri pelvis juga mengandungi ovari kanan dan kiri, di samping usus dan dinding pelvis. Berjumpalah dengan doktor anda untuk masalah di atas. Perbincangan dengan anda dan suami boleh diaturkan secara bersama atau berasingan.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan: