SAYA berumur 22 tahun dan sudah berkahwin. Saya mengalami gatal pada kemaluan dan keluar keputihan yang berketul-ketul daripada faraj.
Sejak kebelakangan ini saya gagal memuaskan suami saya kerana kemaluan saya terasa sakit ketika bersama. Apakah punca dan cara mengatasinya?
Mieza,
Petaling Jaya, Selangor
JAWAPAN:
KEPUTIHAN disertai gatal-gatal lazimnya adalah tanda jangkitan kuman. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan perubahan pada permukaan faraj serta pintu rahim (kemerahan, luka, peradangan dan seumpamanya), akibatnya anda mudah sakit pada bahagian terbabit. Malah ia juga boleh menjangkiti organ berhampiran seperti pundi kencing.
Walaupun kebanyakan jangkitan faraj diakibatkan oleh kulat Candida dan rawatannya berbentuk pil (pessary) yang dimasukkan ke faraj, ia tidak semestinya berlaku untuk semua keadaan.
Seeloknya jalani pemeriksaan dalaman, sedikit sampel keputihan terbabit diambil untuk pemeriksaan makmal mengambil masa beberapa hari sahaja.
Ujian ini dinamakan Culture & Sensitivity. Bukan sahaja jenis kuman dapat dikenalpasti, malah ubat yang sesuai dan yang tidak sesuai turut disenaraikan.
Selain itu, anda juga dinasihatkan mengamalkan teknik mengelakkan jangkitan berlaku semula. Ini termasuk:
Jangkitan dijangka sembuh dalam seminggu, peradangan faraj mungkin mengambil masa lebih lama untuk kembali normal semula. Seeloknya anda mengelak hubungan seks ketika masih dalam rawatan.
Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan pada pasangan serta risiko jangkitan semula kepada anda. Ia juga dapat memberi masa untuk luka (jika ada) pada faraj sembuh.
Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/
2 ulasan:
salam,saya nak tanya...adakah maslah keputihan boleh menyebabkan haid datang lewat,sebelum ni haid saya lancar je..tapi akhir bulan seblum ni..Adkh keputihan juga tanda orang mengandung?
saya baru di peringkat sekolah menengah..(umur 15 thun ke ats)..
namun pda awal tahun ini..saya secara tba2 mngalami kgatalan di bhagian faraj...pda pringkt awal hanya tdpt sdkit bintik kcil di bhagian celah faraj..namun hngga kini keadaan itu smakin brtmbh teruk...saya sering menggaru pda bhgian yg gatal dan kesannya kwsn celah kangkang sy hitan dan msih terdpt bintik2 yang amat gatal..kulit sy juga turut melecet..bintik2 gtal itu juga semakin byk dan melarat hingga ke celah punggung..sy tdk tahu apa pnca sbnrnya yg mybbkan ia brlaku..adakah itu disbbkan keputihan atau jangkitan..sy amat tkut prkara ini akn mccatkan diri sy kerana sy msih remaja..
Catat Ulasan