Peminat Setia

Sabtu, 29 Disember 2007

Pelajar Alami Keputihan Teruk

SOALAN:
Saya berusia 20 tahun dan masih menuntut.

Saya mengalami keputihan yang teruk, ia sentiasa keluar seperti ketulan putih yang banyak.

Akibatnya, saya rasa sangat gatal pada bahagian kemaluan dan ia turut mengeluarkan bau. Adakah ia biasa dialami oleh gadis sebaya? Mungkinkah ia akan mendatangkan kesan yang lebih teruk lagi di masa depan? Bagaimana cara untuk mengatasinya?

MISS ELL,
Shah Alam, Selangor.

JAWAPAN:
INI memerlukan rawatan ubatan. Lazimnya ia disebabkan jangkitan kulat namun ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Pemeriksaan doktor boleh dilakukan.

Dalam kebanyakan kes, pengecaman ke atas ciri keputihan terbabit boleh memberikan telahan awal terhadap jenis kuman. Ini boleh disahkan secara mengambil sampel yang ada pada bahagian berhampiran bukaan faraj.

Pengambilan sampel ini mudah serta selamat dan tidak menjejaskan selaput dara seseorang. Hasil kultur sampel terbabit bolehlah dibandingkan kemudiannya dengan rawatan yang diberi.

Jika masalah ini berulang, anda mungkin memerlukan ujian lanjut seperti paras gula dalam darah dan seumpamanya. Penekanan terhadap penjagaan kawasan kemaluan juga perlu diberi perhatian, terutama jika anda mudah atau kerap berpeluh dan sewaktu kedatangan haid.


Dipetik dari:

http://www.hmetro.com.my/

3 ulasan:

miss ee berkata...

sy brumo 20 thun. sy mngalami keputihan yg byk shngga hari2 sy mesti pakai pad.. sy penah mnjalani rawatan di klinik.. mmg teramat sakit.. sy bt keputusan tuk tidak jalani rawatan lagi.. keputihan sy slu kuar warna putih dan kdg2 warna kuning..sy ingin tahu.. apa kesan dan cara paling sesuai untuk mngurangkan sekali gus mbuang keputihan dari bdn kita?? sy amat takot keputihan mggu proses smasa sy berkhwin nnti..
apa effect trhadp kemahilan?? dan masa depan sy nnti??

mia berkata...

saya berumur petengahan 20-an. saya mengalami kegatalan pada bahagiankemaluan saya hingga menyebabkan melecet dan pedih bila terkena air. masalah ini telah mengganggu saya sejak pertengahan 2007. kegatalan tersebut membuatkan saya tidak selesa. kebiasaannya saya mengalami kegatalan pada waktu tengah malam antara jam 1 pagi dan ke atas. masalah tersebut wujud di sekitar bibir faraj saya. saya tidak tahu adakah faktor keputihan. adakah akibat keputihan saya mengeluarkan asid yang berlebihan? saya tidak tahu. kegatalan hanya berlaku di bahagian luar iaitu bahagian labia/bibir kemaluan. tidak di bahagian saluran kemaluan saya. saya memeriksa samada keputihan saya teruk tetapi ia berada di tahap normal.
bantulah saya. tambahan saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini.

amy berkata...

saya berumur 24thn...saya mengalami keputihan yg amat teruk..keputihan itu kurang keluar namun saya mengalami kegatalan yang teruk dan ia menyebabkan bibir kemaluan saya melecet di sebabkan saya sentiasa menggarunya...kegatalan amat teruk sewaktu tidur..kemaluan saya juga mengeluarkan bau yang busuk..ini menyebabkan saya tidak yakin dengan diri saya sendiri...bantu lah saya utk mengatasi masalah ini...saya malu untuk berjumpa dengan doktor...