Peminat Setia

Jumaat, 4 April 2008

Risau Kitaran Haid Tak Menentu Sukarkan Potensi Hamil

SOALAN:SAYA berusia 21 tahun dan baru berkahwin. Kitaran haid saya memang tidak menentu. Adakalanya datang haid sebulan sekali dan adakalanya tidak datang haid sehingga enam bulan.

Sejak berkahwin, berat badan saya meningkat. Adakah ia berpunca daripada hubungan kelamin bersama suami? Adakah masalah kitaran haid itu juga boleh menjejaskan peluang untuk hamil?

Priska,
Taman Perling, Johor Bahru.



JAWAPAN:
TERDAPAT beberapa punca kitaran haid tidak teratur, di antaranya adalah ketiadaan proses pengeluaran telur, masalah ini dinamakan anovulasi.

Elok anda menjalani pemeriksaan awal oleh pakar sakit puan. Pemeriksaan fizikal dan ujian mudah dapat membantu mengenalpasti sama ada ia berkait dengan masalah kesuburan.

Hubungan kelamin sepatutnya melibatkan pembakaran/penggunaan kalori, bukannya menambah kegemukan wanita atau lelaki.

Barangkali corak pemakanan dan kurang aktiviti fizikal yang menyumbang kepada penambahan berat badan seseorang dewasa.

Usia anda yang masih muda memberi lebih peluang kejayaan kehamilan berbanding sekiranya anda lebih berusia kelak.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

4 ulasan:

kopi O berkata...

assalamualaikum...
nk tanya, sya bru 18 thn
kitaran haid sya sblm ni bole dikira sbg normal.
tapi kali t'akhir sya haid dr akhir bln 3 sampi skang, p'tghn bln, 5 sya x dtg haid agi. knp ye? adkh kitaran haid sya msh x normal sbb sblm ni kitaran haid sya normal n bole dikatakn sya xpenah dpt senggugut time haid.

eiyla berkata...

sy eiylank tnye pasal period x menentu..
sy dh sebulan xdtg period lagi ni.
umur sy bru 19 tahun.sy takut sgt.
dh risau,pk benda2 pn bkn2 je..
tlg la selesaikn masalah sy ni.
ape sy nk wt lg

eiyla berkata...

sy rungsing sgt skrg ni.period xdtg2 la.tlg la sy selesikn mslh sy ni.ape sy perlu lakukan.umo sy bru 19.syn2.sy xperbah wt pekara yg bkn2 tkt sgt nie.period xdtg perut sy skt sgt.dulu time form 5 pn pernah jgk period xdtg sampai 3 bln.sy risau..de penyakit ke sy ni??

fieda berkata...

sy 23 thn n blm berkahwin... masalah sy adalah kitaran haid sy x teratur... haid sy dtg stp 4 bln.. adakh sy msh blh hamil... sy tkt tdk dpt hamil slps berkahwin..