Peminat Setia

Khamis, 1 Mei 2008

Belum Hamil Lepas Keluar IUD

SOALAN:
Saya berusia 25 tahun dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun. Sebelum ini saya pernah menggunakan alat dalam rahim (IUD) dan kini sudah lima bulan mengeluarkannya tetapi saya masih belum hamil.

Adakah keadaan itu sesuatu yang normal untuk mereka yang pernah menggunakan IUD?

Shen,
Kuala Lumpur



JAWAPAN:
Lazimnya alat dalam rahim (IUD) yang digunakan untuk mencegah kehamilan tidak mengandungi hormon, hanya logam kuprum saja. Ada juga IUD yang mengandungi hormon, ia jauh lebih mahal dan lazimnya digunakan di kalangan wanita yang mempunyai masalah haid.

Maka, ia sendirinya dijangkakan tidak menyebabkan masalah kesuburan. Namun, IUD diketahui boleh menyebabkan penyakit PID, jangkitan kuman Actinomyces sering dikaitkan dengan kehadiran IUD tetapi bukanlah berkait teknik pemasangannya.

Jangkitan kuman berkait teknik pemasangan IUD mungkin benar jika jangkitan itu berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu pemasangan terbabit. Selepas tempoh itu, jangkitan PID lazimnya tiada kaitan dengan pemasangan IUD.

Anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan awal berkaitan kesuburan. Suami juga digalakkan menjalani ujian air mani, terutama jika dia merokok.

Anda juga boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun mencuba sebelum mula menjalani pemeriksaan atau lebih awal sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin berkait dengan masalah kesuburan seperti gangguan kitaran haid, lelehan faraj berbau dan berulang serta sakit bahagian ari-ari.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: