Peminat Setia

Rabu, 14 Mei 2008

Kemaluan Keluar Lendir Putih

SOALAN:
Saya berusia 19 tahun dan mempunyai seorang anak berusia lapan bulan. Apabila bersama suami, kemaluan saya mengeluarkan lendir berwarna putih yang begitu banyak hingga saya dan suami tidak selesa dengan keadaan itu.

Ada kalanya saya terpaksa berhenti bersama suami kerana rasa malu. Adakah keadaan itu memudaratkan? Apakah ia sesuatu yang normal untuk wanita muda yang mempunyai anak seperti saya? Apakah harus saya lakukan?

Nor,
Port Dickson, Negeri Sembilan.


JAWAPAN:
Lelehan faraj boleh bersifat normal atau sebaliknya. Dalam keadaan normal, lelehan yang dihasilkan berwarna keputihan dan likat ataupun jernih dan cair, dalam kuantiti satu hingga empat mililiter setiap hari.

Lelehan ini mengandungi discaj mukus daripada kelenjar bahagian dalam laluan serviks, sel epitilium yang mengelupas daripada permukaan faraj, transudat faraj dan bakteria sihat (seperti lactobacillus) yang menjaga pH persekitaran faraj supaya kekal sedikit berasid.

Lelehan ini menjadi lebih nyata banyaknya dalam keadaan berikut:

- Rangsangan seksual (mungkin seperti yang anda alami)
- Kehamilan
- Menghampiri waktu ovulasi
- Penggunaan pil perancang

Anda bolehlah menjalani pemeriksaan doktor untuk me mastikan sama ada lelehan ini normal atau sebaliknya yang memerlukan rawatan.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan: