Peminat Setia

Selasa, 26 Jun 2007

Kenal Pasti Selaput Dara

SOALAN:
SAYA inginkan penjelasan mengenai selaput dara. Bagaimana kita mengetahui selaput dara sudah terkoyak atau sebaliknya?

Naz,
Kuala Lumpur

JAWAPAN:
UNTUK mengenalpasti selaput dara (hymen), ia memerlukan pengamatan kerana ia tidak mudah dilihat begitu saja. Dalam posisi berbaring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan dan dijarakkan di antaranya. Anda perlu mengenalpasti bukaan faraj terlebih dahulu, ia terletak di antara kedua belah bibir kemaluan kecil pada sempadan belakangnya.

Pada kawasan ini kelihatan seperti tisu lembut berwarna kemerahan yang berkedut-kedut dan mempunyai lubang di tengahnya. Inilah selaput dara. Jika ditegangkan ia berbentuk seperti rim atau cincin tisu lembut sebesar beberapa milimeter saja dan nipis mengelilingi suatu bukaan faraj. Bagi memudahkan pengamatan, bibir kemaluan bolehlah dibuka atau dijarakkan.

Selaput dara boleh koyak pada mana-mana bahagian rim terbabit. Kebiasaannya belahan berada pada bahagian arah jam pukul tiga, enam, sembilan dan 12. Jika tusukan berlaku secara paksaan, belahan biasanya berlaku pada bahagian pukul enam (iaitu berhampiran bukaan lubang dubur). Setelah wanita melalui proses bersalin secara normal (melalui faraj), selaput dara hanyalah berbentuk carikan saja.

Tidak semua selaput dara asal berbentuk begini. Ada kalanya ia mempunyai sekatan dinding di tengah lubangnya. Ada kalanya ia seperti permukaan licin yang mempunyai lubang halus seperti alat tapis. Ada kalanya pula, ia langsung tidak mempunyai lubang dan membenjol apabila seseorang pertama kali didatangi haid, ini dinamakan “imperforate hymen“ dan memerlukan prosedur kecil untuk membuat lubang bukaan bagi membolehkan haid keluar.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

1 ulasan:

liza berkata...

saya tertarik dengan penerangan dr. mengenai cara mengenali selaput dara.saya ingin kepastian daripada dr. tentang masalah jenis-jenis selaput dara.bagaimana kita hendak mengenali selaput dara yang menmpunyai sekatan di bahagian tengah?adakah ia berada di dalam lubang faraj berhampiran selaput dara?dan bagaimana pula bezanya dengan benjolan akibat saluran tersumbat di kalenjar bartholin?
saya ingin tahu adakah normal jika terdapat seperti ketulan isi di permukaan dalam lubang faraj? ini menyebabkan proses menusuk zakar ke dalam lubang faraj seperti tersekat.tetapi,saya tidak pernah rasa sakit di bahagian vagina sebelum ini.